Posts

Cara Order Menggunakan Apps Bungkusit

Image
Assalammualaikum, :) So, hari ni aku nak ajar step by step utk guna servis Bungkusit ni. Aku memang salah seorang pengguna tegar Apps Bungkusit ni, sebab ianya sangat membantu bila aku nak order makanan viral tapi malas nak ke kedai tu, haha! Selain dari order makanan, korang boleh jugak minta dorang hantarkan barang, poskan parcel dsb. Jom cekidout! Bungkusit Cover KL dan Selangor. Dorang boleh menghantar pesanan dalam jarak sejauh 25-30km. 1. Download apps Bungkusit. Lepas tu register akaun korang @ login je terus guna facebook. lagi mudah. Klik je icon Facebook tu. 2. Lepas korang klik register. Isi details kat bawah ni : 3. Done. korang login lah. Kemudian klik Place An Order. 4. Pilih je servis yang korang nak diorang buat. Aku bagi contoh servis beli makanan je lah eh. So, klik Buy Me Food. 5. Ni tekan GOT IT! 6.Masukkan alamat @ nama kedai yang korang nak Bungkusit belikan makanan. Contoh aku minta pergi beli donut kat J.CO.  Lepas tu klik DONE.

5 Cerita Best Di NETFLIX

Image
Assalammualaikum, Aku kalau bosan-bosan duk rumah tak tahu nak buat apa, aku selalu nya akan minta suami aku bukak NETFLIX dan cari movie yang best. So, setakat ni ada 5 Movie yang aku recommend utk korang tengok. :) 1. KINGDOM - Mengisahkan tentang seorang Raja yang mempunyai penyakit yang sangat teruk sampaikan penjaga Raja tu tak bagi Putera Raja berjumpa dengan ayahnya sendiri. Tapi ada suatu malam tu, Putera Raja menyelinap masuk ke bilik ayahnya dan tengok yang ayahnya dalam keadaan yang sangat mengerunkan! Jadi Putera Raja ni nak cari tabib yang last sekali jumpa ayah dia dan dalam misi pencarian tu, Putera Raja jumpa pelbagai benda misteri termasuk orang yang macam zombi! Ok lah..korang tengok lah sendiri..hahaha..oh by the way, tahun depan akan keluar season 2. Aku tak sabar nak tengok! Lama aku tunggu season ni weyyy 2. GET OUT - Masa awal cerita ni agak slow sikit, tapi bila part Chris (Hero) ni jumpa pembantu rumah tu aku dah mula rasa pelik. Kenapa pembantu rum

Kesan tukar URL blog

Image
Assalammualaikum.. Sedih nya tengok view entry blog aku ni sejak tukar URL baru. huhu.. Blog aku ni asalnya URL : bluepinkiey.blogspot.com tapi aku tukar ke yansaflina.blogspot.com. Sebenarnya dah bertahun-tahun aku nak tukar, sbb masa awal2 buat blog ni dulu masih budak2 lagi. nama pun ntah apa2. haha. Jadi aku nak tukar la ke nama aku sendiri. Tapi aku takut nak berdepan risiko kehilangan view ni. haha. Cuma kali ni aku dah kuatkan diri utk berdepan dengan apa jua masalah. hahaha! Akhirnya aku tukar jugak URL. Dan ya! sangat menyedihkan ye tengok view entry aku yg sekarang..wuuuu Sedih woi! Jangan kau nak pujuk aku. aku tengah sedih kaw-kaw ni.  Dah la view sebelum ni pun ciput je, ini kan lagi macam ni. aduhai..sedih gila! Bawah ni view URL lama. tak la banyak, tapi banyak la jugak utk blogger picisan kecilan merilan cam aku ni. huhu  arghhh..aku menyesal tukar URL. eh tak tak. aku tak menyesal. aku boleh mula dari awal balik. k bai.

Skin Care Giveaway by Airah Syahirah

Image
Jom join! Klik banner utk join. ;)

Segmen | Giveaway UP Traffic by Madam Caramel

Image
Nak join, klik gambar tu tau. :)