Posts

Showing posts from March, 2016

KAU NAK DUIT, KAU MINTA PADA SIAPA?

Image
Saya pernah dulu, masa nak balik kampung untuk balik raya. Duit tak cukup untuk beli tiket flight. Masa tu kami 4 beranak. Total pergi balik tiket flight balik raya almost RM1000. (KL-Kuching). Saya siap Google lagi "Cara buat duit" Masa tu saya cuma jumpa buku "Mudahnya Menjemput Rezeki". Bayangkan, harga buku RM18 sahaja. Tapi saya tak mampu nak beli. Apatah lagi nak cekau RM1000. Saya cuba usahakan untuk kumpul...lupa macam mana tapi saya dapat kumpul duit sampai RM30. Jadi lepas lah buat beli buku MMR. Alhamdulillah. Masa tu tengah excited tunggu buku, yela...nak buat duit..hehe.. Mind masa tu ingat buku tu ajar cara buat duit dengan cepat. Ala..cara manusia to manusia gitu la...😅 Masa buku sampai, hambekkk... Sentap terus ke hati.. Terus saya solat + solat dhuha. Fokus mintak kat Allah untuk beli tiket flight. Nah...kemudian, tiba2, suami dapat bonus dari bos dia. Masa tu pulak, check harga tiket flight potongan hampi...

MALU KALAU TIDAK LAKU

MALU KALAU TIDAK LAKU =========== Dulu, masa sekolah rendah, mak dan bapak selalu mintak tolong jualkan buah di sekitar kampung. Tapi, kerap kali juga aku menolak, sebab aku malu kalau jualan tak laku, malu kurang pandai kira-kira..hehe Akhirnya, aku passkan job jual-jual kepada adik-adikku..😅 Tapi, sedari sekolah menengah, aku mula mendapat biasiswa. Habis duit biasiswa aku belanjakan..haha.. 😂 Dari situ, aku mula berfikir bagaimana nak tambah duit.. Kemudian, aku dan kawan-kawan mula merancang untuk menjual makanan ringan di asrama. Semua wajib keluarkan modal, dan yang tukang beli barang untuk jual adalah aku.. Aku suka tugas ini sebab aku nampak kaya bila shopping barang banyak-banyak, padahal itu sebenarnya duit kongsi. Bila tiba sesi jual-menjual, aku tidak turut serta. Aku minta cousin a.k.a kawan rapatku untuk menjual. Yelah, aku masih dengan sikap "malu kalau orang tak beli" Tapi sekarang, aku taknak ambik kisah "malu kalau ora...