Posts

Showing posts from October, 2017

Resepi Kek Marble Coklat Cheese - Sukatan Cawan.

Image
Hai! So entri ni dibuat khas untuk member aku, Anastasia. Masuk ni kali ke 3 ke 5 ntah dia request resepi, aku dah bagi tapi dia hilangkan. memeyy~~ haha, so untuk memudahkan kedua belah pihak, aku buat entri ni khas untuk dia rujuk next time. bijakkan aku? haha Kisahnya, member aku ni jadi gila kat Kek ni sebab masa last semester masa zaman belajar dulu, aku bawak kek ni ke Kolej dan dia makan. Sejak dari haritu dia jadi gila bayang dengan Kek ni. haha. So, kalau korang raya kan, korang suka buat kek apa? Kalau aku, wajib buat kek Marble Cheese ni. Dan biasanya, hari pertama atau kedua raya dah habis dah. haha..laku keras kek ni. So, ni resepi Kek Marble Coklat Cheese, cara buat simple sangat-sangat. :) Sebelum tu, take note ya : Kek Marble Coklat Cheese ni dibuat secara berlapis bukan marble . - nama je marble nak kasi over sikit, hehe Lapisan Bawah 1 ButterCup 250gm 5 Biji Telur 1 Cawan Gula 1 Cawan Tepung 1 Cawan Susu Pekat 1 Botol Kecil Koko 1 sudu teh kecil Bak

Dassafar's : Ajar anak mengenali serangga dsb

Image
Assalammualaikum, :) Kekadang kalau dah penat buat eksperimen dengan anak-anak. Aku akan bagi dorang buat kerja kerja menulis, mewarna dsb. Iman = aku fokus dia belajar matematik, sbb dia dh pandai ABC123. Farah = aku bagi dia kenal huruf ABC dan 123 serta belajar menulis. Jasmin = aku fokus dia buat maze yg simple2. So, biasanya aku akan ambil mana-mana free template yang aku google pastu bagi diorang buat. Mudah dan cepat giteww..haha Tapi semalam dan harini aku nak buat kelainan sikit, aku ajar dorang mengenal jenis-jenis serangga dan beberapa lagi. Tak susah mana pun, cari kat google je. Macam aku jumpa dalam website ni :   Website : Itsy Bitsy Fun Pastu korang klik bahagian Fun Facts For Kids, pilih apa yg korang nak, pastu print je terus PDF yg dia bagi. Biasanya file PDF ni bawah gambar . ********** Aku just print out, pastu aku ambil whiteboard. Lukis semula then explain kat anak-anak. Masa tu, kau kena get ready la sebab dorang akan mula mempersoalkan ma

Sesungguhnya Aku - OST Drama Red Velvet

Image
OST Drama Red Velvet, lakonan Alif Satar dan Neelofa.      Lirik "Sesungguhnya Aku" oleh Alif Satar    Apa kurasa, Tak pernah kuduga,  Hadir dirimu berubah semua..  Dan tanpa kusedari kau mengajar diriku..  Membawa hidup erti baru..  Sesungguhnya aku..telah jatuh pada dirimu  Sesungguhnya aku..mencintai hanya dirimu  Kerna sesungguhnya ku sedari kau lengkapi diriku..  Sesungguhnya aku..mencintai dirimu Sesungguhnya..    Siapakah aku didalam hatimu..  Harus ku tahu kerna aku rindu    Dan tanpa kusedari kau mengajar diriku  Membawa hidup erti baru..     Sesungguhnya aku..telah jatuh pada dirimu  Sesungguhnya aku..mencintai hanya dirimu  Kerna sesungguhnya ku sedari kau lengkapi diriku..  Sesungguhnya aku..mencintai dirimu  Sesungguhnya..   kaulah yang terbaik yang pernah diriku miliki..  Kan kuberikan sepenuh jiwa hanya untuk dirimu..  Sesungguhnya aku..telah jatuh pada dirimu  Sesungguhnya aku..mencintai hany

Ada masalah Kewangan? Cuba cara ini.

Image
Assalammualaikum, lately sebenarnya ada beberapa sedikit masalah yang mana masalah tu tak lain tak bukan berkaitan dengan kewangan. Bayangkan, dalam masa 2 hari berturut-turut, kereta dan van untuk team Crocon pergi kerja rosak. Alhamdulillah masa van dan kereta rosak tu, esoknya cuti. Jadi dapat la hantar ke bengkel, customer pun takde jadi senang lah.  Total baiki tu agak tinggi, setakat ni baru baiki Van kena tukar enjin baru, mounting ke apa ntah total semua RM4k lebih kurang. Berpinar mata jugak lah. Ni belum masuk kereta lagi. Allah berat sangat rasa. Tapi aku tahu, berat mana pun kalau aku cuba selesaikan dengan akal fikiran aku ni, sukar. Jadi aku serahkan segalanya pada ALLAH s.w.t. Ada la jugak beberapa masalah lain, tapi kena lah hadapkan. Sebab bilamana dalam dunia bisnes ni, kena kuat. Kalau tak kuat, income terputus. My husband is my partner dalam business ni, dia lead and so, apa2 je masalah kami hadap bersama. Contoh macam my husband stress, I'm the one yg

Review : Pusat Sains Negara

Image
Assalammualaikum, So, isnin lepas 16 Oktober aku bersama keluarga dan mertua pergi ke Pusat Sains Negara. Tiket masuk PERCUMA bersempena dengan Expo NICE 2017 (National Innovation and Creative Economy). Kenapa aku eksited nak pergi ke sana? - Aku baru tahu kewujudan Pusat Sains Negara - Mesti banyak aktiviti untuk anak-anak Bila sampai je PSN, keadaan memang crowded dengan orang ramai walaupun aku pergi hari isnin, ingatkan tak ramai orang tapi nyata sangkaan aku tak tepat. haha. Parking full wey sampai ke jalan raya besar orang parking. Nasib baik suami aku jenis yang suka cari parking dekat dengan bangunan jadi tak lah menapak jauh sangat dan Alhamdulillah kami jumpa parking yang seriously dekat sangat. Alhamdulillah mudah untuk mertua aku dengan anak-anak, tak jauh menapak. Oh ya, bangunan PSN ni seriously cantik sangat sangat! Kaler pelangi lagi ha bangunan dia. Korang yang baru first time nak pergi mesti jakun tengok, hahaha Hasil selidikan aku dari laman web PSN, a

Dassafar's : Aktiviti bersama anak-anak

Image
Assalammualaikum, so, harini nak sharing. Seperti yang sedia maklum, aku adalah surirumah yang berkerja dari rumah dan ada 3 orang anak. jadi, bila duduk kat rumah jaga anak. Kita akan cuba nak cari apa aktiviti yang nak dibuat bersama anak-anak, lagi-lagi bila anak ramai. So, beberapa hari lepas aku buat 2 Aktiviti untuk anak-anak aku. Aktiviti Pertama : Tindak Balas susu apabila diletakkan pencuci pinggan. Bahan - bahan - Susu Kotak - Pencuci Pinggan - Cotton Bud - Pinggan  Putih - Pewarna Makanan 1. Masukkan susu ke dalam pinggan, kemudian drop sedikit pewarna makanan. Lepas tu calit Cotton Bud dengan Pencuci Pinggan. Lepas tu korang tengok tindakbalas dia. Best. Anak-anak mesti suka gila!            Aktiviti Kedua : Tindakbalas Smarties kepada Air Bahan-Bahan : - Smarties - Air  - Pinggan Putih  Buat smarties dalam bentuk bulatan sekeliling pinggan kemudian masukkan air.    

Review- Lexis Port Dickson

Image
Assalammualaikum..:) Lama dah tak update blog, aku pun tak tahu sarang apa yang dah bersarang kat blog aku sekarang. hahaha..Kadang tu nak jugak update blog tapi bila tengah taip tu tetiba blank. Terus save sebagai draft. So, sebab harini tetiba ada idea, aku nak share experience bermalam di Lexis Port Dickson.  Sebenarnya dah lama dah kami pergi sana tapi ni baru nak cerita. haha.. Tarikh : May 2017 Haritu kitorang kena site visit di Tanjung Bidara dengan Masjid Selat Melaka, tapi tiba-tiba cancel. Aku apa lagi suka la, hahaha..sebab aku tau, suami aku mesti akan ajak pergi somewhere as always, percutian yg mengejut. haha Dalam masa yg sama aku expect suami aku ajak bermalam di Melaka tapi rupa-rupanya di menghala ke Port Dickson. Masa tu dah lewat jadi kitorang teruskan misi mencari hotel. Aku punya lah berusaha cari hotel murah yg best dengan sebaiknya. Tup tup suami aku cakap kita bermalam di Lexis. Aku macam..woi, harga mahal tu woi.. Tapi apakan daya, dalam aku menola