Posts

Showing posts from 2019

Anak Aku Test Colour Max Roll Beli Dekat Aeon Big Malaysia

Image

FORMULA MENJEMPUT REZEKI

Formula menjemput Rezeki: 1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT. 2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya. 3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. 4. ZIKIR. Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari. 5. SOLAT BERJEMAAH. Terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih. 6. SILATURRAHIM. Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang. 7. BERSEDEKAH. S

CARA ORANG ISLAM

YOGA nya orang Islam itu dengan gerakan SOLAT MEDITASI nya orang Islam ialah duduk bersunyi diri sambil berZIKIR. SELF HEALING nya orang Islam itu ialah selalu melakukan MUHASSABAH. DETOX nya orang Islam adalah dengan rajin berPUASA. RITUAL TOLAK BALA nya orang Islam ialah dengan SEDEKAH. VITAMIN nya orang Islam adalah sikap mudah MEMAAFKAN. UBAT AWET MUDA nya orang Islam, TIDAK MENCAMPURI urusan yang tidak perlu. NUTRISI TERBAIK nya orang Islam adalah BERBAIK SANGKA (Huznudzon). PEMBERSIH HATI nya orang Islam dengan menahan GHIBAH. PENYUCI JIWA nya orang Islam adalah: Menjauhi sifat IRI DENGKI. PENJAGA PAHALA nya orang Islam, Tidak RIYA' PENCEGAH PERMUSUHAN nya orang Islam, Menghindari PERDEBATAN. Kredit :  Dr Handrawan Nadesul

Kedai Ketuk Kereta Murah di KL

Image
Assalammualaikum..:) Saja nak share dengan korang Kedai Ketuk Kereta Murah di KL. Kedai ni aku jumpa di Facebook dan di Forum2. Dan yes, pernah repair ketuk kereta kat sana lepas awal bulan ni. Kejap je settle. Kalau korang tengok kedai dia, korang akan rasa macam wow gila. Sebab sempoi sangat. haha Ok lah, korang tengok video bawah ni, suami aku share macamana boleh excident dan experience dia repair kereta di kedai tu. Nak tahu kat mana kedai tu, kena lah tengok video tu. hehe! Oh ye, jangan lupa SUBSCRIBE TAU!

Hasil 3D paint dari anak-anak aku

Image

SEGMEN : REFRESH MY BLOGLIST

Image
Nak join, klik banner tau! :)

Hadiah Giveaway dah Sampai! Yeay!

Image
Assalammualaikum, :) Alhamdulillah, baru-baru ni aku menang Giveaway dari Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway. Aku dapat 1 set Telekung. Boleh pilih lain lain warna tapi aku pilih warna putih sebab nak match ngan anak2 aku sebab pattern telekung yang Blogger Shu bagi ni sama pattern ngan anak2 aku punya. hehe So, bila nak solat nanti boleh la matchy matchy..hehe. Tq Shu! Hm..rasa nak buat Giveaway jugak lah..:) Nanti lah, nak fikir hadiah dulu.:)

Video yang memberi Inspirasi

Assalammualaikum korang..:) Kadang-kadang kita ada hari yang kita rasa sangat malas nak berbuat sesuatu. Dan ada hari yang kita lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang ALLAH s.w.t kurniakan pada kita. Jadi, kita perlukan sesuatu yang buatkan kita sedar yang kita dah dapat terlalu banyak nikmat rezeki. Tak kira rezeki dari segi apa, sama ada kewangan, kesihatan, ada orang tua, punya anak, punya sahabat, ada kenderaan, tempat berteduh dsb. So, ni antara video-video kegemaran aku dan aku harap korang pun boleh terinspirasi dengan video ni. :) Kalau korang nak tengok lebih banyak lagi video, boleh tengok kat page ni : Inspirasi Setiap Hari.

Giveaway Merdeka 2019

Image
Nak join, klik banner. ^_^

Cara Order Menggunakan Apps Bungkusit

Image
Assalammualaikum, :) So, hari ni aku nak ajar step by step utk guna servis Bungkusit ni. Aku memang salah seorang pengguna tegar Apps Bungkusit ni, sebab ianya sangat membantu bila aku nak order makanan viral tapi malas nak ke kedai tu, haha! Selain dari order makanan, korang boleh jugak minta dorang hantarkan barang, poskan parcel dsb. Jom cekidout! Bungkusit Cover KL dan Selangor. Dorang boleh menghantar pesanan dalam jarak sejauh 25-30km. 1. Download apps Bungkusit. Lepas tu register akaun korang @ login je terus guna facebook. lagi mudah. Klik je icon Facebook tu. 2. Lepas korang klik register. Isi details kat bawah ni : 3. Done. korang login lah. Kemudian klik Place An Order. 4. Pilih je servis yang korang nak diorang buat. Aku bagi contoh servis beli makanan je lah eh. So, klik Buy Me Food. 5. Ni tekan GOT IT! 6.Masukkan alamat @ nama kedai yang korang nak Bungkusit belikan makanan. Contoh aku minta pergi beli donut kat J.CO.  Lepas tu klik DONE.

5 Cerita Best Di NETFLIX

Image
Assalammualaikum, Aku kalau bosan-bosan duk rumah tak tahu nak buat apa, aku selalu nya akan minta suami aku bukak NETFLIX dan cari movie yang best. So, setakat ni ada 5 Movie yang aku recommend utk korang tengok. :) 1. KINGDOM - Mengisahkan tentang seorang Raja yang mempunyai penyakit yang sangat teruk sampaikan penjaga Raja tu tak bagi Putera Raja berjumpa dengan ayahnya sendiri. Tapi ada suatu malam tu, Putera Raja menyelinap masuk ke bilik ayahnya dan tengok yang ayahnya dalam keadaan yang sangat mengerunkan! Jadi Putera Raja ni nak cari tabib yang last sekali jumpa ayah dia dan dalam misi pencarian tu, Putera Raja jumpa pelbagai benda misteri termasuk orang yang macam zombi! Ok lah..korang tengok lah sendiri..hahaha..oh by the way, tahun depan akan keluar season 2. Aku tak sabar nak tengok! Lama aku tunggu season ni weyyy 2. GET OUT - Masa awal cerita ni agak slow sikit, tapi bila part Chris (Hero) ni jumpa pembantu rumah tu aku dah mula rasa pelik. Kenapa pembantu rum

Kesan tukar URL blog

Image
Assalammualaikum.. Sedih nya tengok view entry blog aku ni sejak tukar URL baru. huhu.. Blog aku ni asalnya URL : bluepinkiey.blogspot.com tapi aku tukar ke yansaflina.blogspot.com. Sebenarnya dah bertahun-tahun aku nak tukar, sbb masa awal2 buat blog ni dulu masih budak2 lagi. nama pun ntah apa2. haha. Jadi aku nak tukar la ke nama aku sendiri. Tapi aku takut nak berdepan risiko kehilangan view ni. haha. Cuma kali ni aku dah kuatkan diri utk berdepan dengan apa jua masalah. hahaha! Akhirnya aku tukar jugak URL. Dan ya! sangat menyedihkan ye tengok view entry aku yg sekarang..wuuuu Sedih woi! Jangan kau nak pujuk aku. aku tengah sedih kaw-kaw ni.  Dah la view sebelum ni pun ciput je, ini kan lagi macam ni. aduhai..sedih gila! Bawah ni view URL lama. tak la banyak, tapi banyak la jugak utk blogger picisan kecilan merilan cam aku ni. huhu  arghhh..aku menyesal tukar URL. eh tak tak. aku tak menyesal. aku boleh mula dari awal balik. k bai.

Skin Care Giveaway by Airah Syahirah

Image
Jom join! Klik banner utk join. ;)

Segmen | Giveaway UP Traffic by Madam Caramel

Image
Nak join, klik gambar tu tau. :)

Bila anak-anak review toys di Youtube

Image
Assalammualaikum..:) Korang pernah tak tengok video budak2 review toys kat Youtube? Aku dah kerap kali dah tengok, al maklum lah, anak dah 4 orang ni. Memang terpaksa la bukak walaupun tak gemor menengok nye..haha! Disebabkan anak-anak aku suka sangat tengok Toys Review ni, aku dan suami nekad, chewahhh..nekad. Nekad utk minta anak-anak try buat video Toys Review jugak. Aku siap-siap pesan dah kat anak-anak, buat spontan je tapi ada lah aku bagitahu kena cakap apa. Tapi yg penting sekali, aku taknak anak-anak stress. Biar dorang enjoy! Yeah, dorang enjoy tengok video sendiri, haha! So, ni first video anak-anak aku. The Dassafar's. Kot ada benda nak komen or suggestion review toys, boleh la komen kat video tu k! :)

GIVEAWAY NAK MENANG.. ''SAFI FAIR BEAUTY BERRY COLLAGEN DRINK'' BONDEZAIDALIFAH.COM

Image
Nak join, klik banner tu tau. ^_^ Tarikh mula GA pada 15 /08/ 2019 hingga 15 /09/ 2019   ( 1 bulan)   IG : YanSaflina

Giveaway-01 by Ematunz

Image
Jom korangss join Giveaway by  ematunz.blogspot.com  . Serius senang sangat syarat dia (follow dan copy paste tak sampai 5 minit). T arikh tamat 25.08.2019 11.59 malam. Klik gambar dibawah untuk join: Hadiah? Nama pun giveaway, mesti lahh ada. Hadiahnya, Bawal Kaca bernilai RM25 untuk seorang pemenang yang akan dipilih melalui Cabutan Bertuah. Pemenang boleh pilih nak corak apa, kaler apa. Mix and match  gittuw .  Info hadiah:  Bawal kaca ini dipenuhi manik kaca ori gred AAAA, ala-ala batu Kristal Swarovski. Kualiti kain jenis Airis Premium rank no.2 selepas Bawal Original, ofkos laa senang bentuk. Setiap butir kaca sangat merelipp, paling penting melekat kuat.  Ada 60 pilihan warna, dan berpuluh puluh design menarik. Berpinar mata tengok tau. Nak tengok lagi banyak, gambar ada di  Bawal Kaca .

Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway

Image
Asslammualaiku, korang free? Jom join Giveaway dari Shuhaida Saad ni. :) Klik Gambar kalau nak join. ^_^

TUGU NEGARA PERNAH DI BOM? Jom melawat Tugu Negara.

Image
Assalammualaikum.. Bulan Kemerdekaan ni apa cara untuk boostkan semula semangat patriotik korang? Kalau aku, aku boostkan dengan cara tengok, dengar, baca tentang sejarah zaman dulu kala. Sejarah pahlawan-pahlawan negara yang melawan untuk kebebasan anak cucu. Aaghh..tengah menaip ni pun rasa bersemangat woiihh..hahaha  Tugu Negara Malaysia pernah di bom pada tahun 1975 oleh komunis disyaki MNLF, beberapa tahun selepas arca tugu negara disiapkan iaitu tahun 1966. Masa tu Tunku Abdul Rahman sendiri yang dengar bunyi letupan bom berlaku. huish..alhamdulillah tak berlaku apa2 selain dari arca tu ada hancur tapi masih boleh dibaiki.  So, beberapa minggu lepas kitorang sekeluarga pergi ke Tugu Negara (National Monument) yang terletak di Ja lan Parlimen, Kuala Lumpur. Oh ya, masuk adalah percuma tau. Sampai je kitorang kat sana, cuaca sedikit panas tapi jangan risau, dekat Tugu Negara tu ada kawasan yang berbumbung jadi boleh lah berteduh sementara kalau panas sangat. Dan

Pasar Malam Connaught , Cheras

Image
Assalammualaikum, malam-malam weekday ni mesti bosan kan nak pergi mana? Bagi korang yang duduk di sekitar Cheras, boleh la pergi ke Pasar Malam Connaught. Aku first time pergi haritu, best lah! Tempat : Pasar Malam Taman Connaught Jam : 5petang-12tengahmalam Sebab apa best? Sebab baju yang di jual kat sana, agak berlainan dari design Pasar Malam yg kita selalu tengok, cantik-cantik. Aksesori pun murah2, aksesori phone pun ada. Makanan pun rare jugak lah, cuma kita tak boleh nak makan sbb tak sure halal ke tak. Hahaha! Dari apa yang aku tengok kat sana tak ramai peniaga Melayu, majoriti Chinese. Dan pelanggan yang datang pun majoriti Chinese, yang Melayu India agak kurang sikit, aku anggarkan lebih kurang 0.5% je kot. Alaahhh..sama je dengan Pasar Malam yang Majoriti Melayu biasa kau tengok, majoriti Melayu, 0.5% je Chinese. Gitu la sifirnya... Ok, barang-barang yang di jual kat sana pun best. Agak rugi lah kalau korang tak jejak kaki kat area sana. So, pergi lah, a