Posts

Kidzoona AEON Cheras Selatan

Assalammualaikum, :) Biasanya bila jadi parent ni, anak-anak minta sesuatu, mesti kita sangat2 sukar nak tolak. Melainkan atas tujuan mendidik @ tak mampu tunaikan,betul tak? Pernah tak, lepas habis kerja, anak-anak kecil ajak keluar? Hari dah nak malam, semua tempat untuk berlibur dan tutup. Takkan lah asyik nak pergi ke Uptown/Downtown @ Kedai Makan kan? Bosan tengok muka mamak yang sama je. haha Ok, apa kata kali ni bawak anak-anak pergi berlibur di KidZoona. Aku rasa ada banyak branch, tapi salah satunya ada di AEON Cheras Selatan. Sebab apa aku suggest pergi sini? 1. Of course la sebab Entrance Fee nya yang murah, hehe : RM10/head main sampai lembik. haha 2. Stokin RM4/seorang, penjaga pun kena pakai stokin tau. Kalau nak jimat dan stokin yang cantik, pergi beli stokin dulu, agak-agak dah tak sempat, beli stokin kat kedai sebelah BATA. Khas jual stokin je kedai tu, eh, boxer spendaaa pun ada..hehe. Nak lagi Jimat, bawak je stokin dari rumah. Jimat sesangat nyah.. gitew ha...

Bukit Broga bersama Anak-Anak

Image
Assalammualaikum, :) Naik Bukit Broga dengan anak-anak kecil? Boleh ke naik? Tak bahaya ke? Jom baca dulu..^_^ Aku sebenarnya takut nak naik Bukit Broga ni pada awalnya. Yelah, anak aku tiga orang weh, yang paling kecik umur baru setahun lebih. Ayoyo..risau. Tapi suami aku kata, "Ok je lah sayang, insyaALLAH takde apa-apa masalah". Arghhh ayat penenang suami ku hanya mampu menenangkan aku seketika sahaja. Tetap hati ku gundah..haha.. Aku google, review blogger bawak anak pun ada, so, aku lega. Tapi masih tak semudah kau sangka aku nak betul-betul lega! haha. Jam 5.15 pagi lebih kurang, kitorang gerak dari Cheras menghala ke Bukit Broga, Semenyih. Sampai-sampai je terus masuk waktu Subuh, Subuh dalam kereta je masa tu. Solat duduk, sebab kat luar basah. Tapi ade je aku tengok orang lain solat kat tanah tapi berlapik lah..haha. Lepas ready semua, kitorang pun naik Bukit Broga. Masa ni Parking Kereta tak bayar lagi pasal takde guard, dah nak balik baru kitorang bayar....

Gold Coast Morib : Percutian Keluarga

Image
Assalammualaikum, Nak share sikit pengalaman ke Gold Coast Morib, lately banyak review kan kat Facebook yang hotel ni best? Betul ke best? Jom baca..:) 19 September 2016 Kami gerak dari Cheras ke Banting. Aku dan suami naik motor, saja suka-suka nak merempit. ^_^  Anak-anak dengan MIL(Mother In Law) & FIL (Father In Law) naik kereta. Sampai je kat sana, tengok view Hotel dari luar, serious aku punya impression macam erghhh..betulke ni Hotel Gold Coast yang ramai orang gembar gemburkan? Hmmm....Lepas tu, terus check in. Oh lupa, hotel booking di Agoda : Studio Suite : RM169 : Kami masuk 7 Dewasa, 2 Kanak-kanak & 1 Baby. Tak Crowded ke? Langsung tak. Takpe ke ramai-ramai masuk? Ntah, bantai je. :P Dalam Studio Suite, Cantikkan? Selesa. So, kami planning, first day rehat2 dalam Hotel, rehat sebab kami sampai pun lambat. Jadi, kalau nak masuk Water Theme Park macam sekejap sangat nanti tak puas, haha. So, petang tu Suami bawak anak-anak mandi dalam Jakuzi. Tu pu...

Berjaya Hills @ Bukit Tinggi Pahang, Review

Image
Assalammualaikum.. Haillahhh...sunyi sepi je blog lama tak berupdate. :)  So, harini tiba-tiba ter'rajin' nak buat review di Berjaya Hills Pahang @ lebih dikenali sebagai Bukit Tinggi. 11 September 2016 2.30 petang Kami gerak dari rumah lebih kurang jam 2 petang. Lepas tu singgah ke Setapak Central nak makan makanan Sarawak di Sarawak Bowl. Makanan kat sana sedap,harga...sedikit mahal tapi worth it lah. Total kitorang makan RM67 lebih kurang kalau tak silap. 3.30 petang. Siap makan semua, aku kira nak cancel naik Bukit Tinggi. Sebab pukul 3 dah, kang naik,hari dah gelap. Tapi sebab Suami aku banyak kali cakap, "kita naik lah, alang-alang dah ni". So, aku pun iya kan aja..huhu 4.30 petang Sampai ke Berjaya Hills, nak masuk kena bayar RM13/kepala. Kitorang ada 4 dewasa, so total : RM52. Sebelum naik atas, kitorang dah standby makanan awal, beli kat Genting Sempah, sebab tengok review bloggers lain cakap harga air mineral botol kecil RM4. Mahal woih..h...

Lantai Bilik Air Bocor.

Image
Apa nak buat? Bahaya ke tak kalau Lantai Bilik Air Bocor? Biasanya, punca lantai bilik air bocor disebabkan simen sudah mula haus, sebab simen tak kalis air (Waterproof), jadi lama kelamaan, simen akan mula menipis  dan tak dapat menampung air. Kemudian akan bermula episod keluar ulat2 dari celah-celah tiles,  mozek mula retak atau tercabut. Bagi rumah jenis bertingkat pula, sekiranya bilik air di atas mula bocor, ia akan mengundang risiko leaking siling tingkat bawah. Siling akan mula menguning disebabkan air.  Kalau tak diperbaiki, kemungkinan siling akan jatuh akibat reput @ rapuh adalah sangat tinggi! Bahaya! Ini salah satu contoh siling client kami, kami cadangkan pada beliau untuk rujuk dulu pada plumber, kemungkinan paip pecah. Jadi, kalau nak install Epoxy Flake System (EFS) memang tak di rekemen. Sekiranya leaking berpunca dari lantai, kami boleh terus coat dengan EFS. InsyaALLAH takde masalah lagi.  Tak tah...