Surirumah pun boleh buat Side INCOME tau.

** Ini saya & suami **

 
Alhamdulillah, selesai delete post yang lama. Yang mana posting tu SIS rasa tak perlu la nak di pamerkan di blog, mungkin masa tu SIS masih budak-budak lagi, so, segala macam nak di Upload.
 

Termasuk gambar ngan Boyfriend! Hebat sangat la tu kan...hmm..

Alhamdulillah, Boyfriend yg sama pun dah jadi Suami SIS yg sah, so sekarang, boleh la upload gambar terbaru kami di blog nih~ hehehe..

Walaupun sebenarnya agak terkilan sebab kene delete Post yg berkisar kisah masa bercinta, tapi takpe, biarlah kenangan tu ada di antara SIS dan suami, ye tak? hehe..

Sekarang baru nak aktif balik berblogging since bosan duk umah, and weekend baru ade class..huhu..

Actually, walaupun SIS duk umah je, SIS buat FULL TIME job tau, SIS di lantik menjadi FACEBOOK MANAGER di dua buah syarikat yg bertaraf International iaitu SBM & AI, dua-dua syarikat ni produce product kecantikan..^_^

Selain dari tu, SIS buat side income dari Google Ads, buat Servis menaikkan likes fanpage, Dropshipping, buat fb ads customer & affiliate...

So, xde la buang mase kan..kekadang bile dah start buat kerja, sampai terlupa nak makan..huhu..T_T
Suami SIS selalu bebel asal tak makan..hihihi, akibatnya, Suami SIS kene la menapau makanan untuk isterinya bila balek keje..hikhikhik...Love U syg..♥

Okeh, apa2 pun sebagai surirumah...kita pun boleh cari SIDE INCOME tau! ♥






Comments

Popular posts from this blog

Cara Order Menggunakan Apps Bungkusit

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Lantai Bilik Air Bocor.