Cara Order Menggunakan Apps Bungkusit

Assalammualaikum, :)
So, hari ni aku nak ajar step by step utk guna servis Bungkusit ni. Aku memang salah seorang pengguna tegar Apps Bungkusit ni, sebab ianya sangat membantu bila aku nak order makanan viral tapi malas nak ke kedai tu, haha! Selain dari order makanan, korang boleh jugak minta dorang hantarkan barang, poskan parcel dsb. Jom cekidout!

Bungkusit Cover KL dan Selangor. Dorang boleh menghantar pesanan dalam jarak sejauh 25-30km.

1. Download apps Bungkusit. Lepas tu register akaun korang @ login je terus guna facebook. lagi mudah. Klik je icon Facebook tu.



2. Lepas korang klik register. Isi details kat bawah ni :



3. Done. korang login lah. Kemudian klik Place An Order.

4. Pilih je servis yang korang nak diorang buat. Aku bagi contoh servis beli makanan je lah eh. So, klik Buy Me Food.


5. Ni tekan GOT IT!

6.Masukkan alamat @ nama kedai yang korang nak Bungkusit belikan makanan. Contoh aku minta pergi beli donut kat J.CO.  Lepas tu klik DONE.

Tips : Kalau korang nak beli makanan dalam mall, just letak nama Mall je pun dah cukup. Lepas tu nanti mentionkan nama kedai dan Jenis makanan. Nanti team bungkusit akan cari dan belikan utk korang.


7. Ha, ni pulak, korang masukkan la alamat rumah or tempat yang deliver makanan yang korang order tu. Dah siap, klik NEXT.

8. Ok, nanti akan keluar Total Fare iaitu Jumlah upah pada Bungkusit yang korang kena bayar.
Harga makanan tak termasuk lagi tau! Yang tu kira lain lah, nanti team Bungkusit akan bagi korang resit total barang makanan yang korang mintak belikan tu.

Lepas tu, klik NEXT.

9. Keluar macam ni, Recipient Name tu korang letak la nama penerima. Macam aku, aku letak je nama suami aku, sbb nanti suami aku akan ambik makanan tu. aku tukang order je, hehe. Kalau korang ambik sendiri, letak je nama korang situ.

Contoh :
Sender : Saflina
Recipient : Saflina

Lepas tu pilih Pay at DROP OFF.  Ni kiranya team Bungkusit akan belikan guna duit dorang dulu utk belikan makanan yang korang pesan, jadi, nanti korang bayar la balik kat diorang ye!



10. Ok, dekat bahagian Tell us what you want : Taip kan Makanan apa yang korang nak dorang belikan. Bagi details sikit, kalau ada nama makanan lagi baik. Lepas Bungkusit terima order. Dorang akan call korang dulu utk confirmkan order. Jadi, jangan letak fon jauh2 tau.

Lepas tu klik SUBMIT.


11.  Bila korang dah klik SUBMIT. Check dulu betul tak address ke apa semua. Dah confirm, klik CONFIRM ORDER.



12. Ok. Lepas tu, korang kena tunggu Riders Bungkusit accept order korang. Jadi korang kena tunggu la sampai ada Riders accept order. Kadang aku tunggu lama la jugak baru dorang accept, tapi tak la lama mana, 3-5 min je lah. haha, tapi selalu nya laju je dorang accept.


13.Bila Riders dah accept order. Korang akan notifications. Dan normally, riders akan call dulu utk confirmkan order korang. Kalau korang jawab confirm, baru dorang akan proceed.

Yang bestnya, korang boleh tengok live pergerakan Riders tau! siap ada maps lagi. ala, macam live location kat whatsapp tu. So korang boleh agak bila Riders akan sampai, jadi senang siap2 pakai tudung terus pergi ambik. :)


14. Di bahagian 3 garisan tu ada messages, di situ biasanya riders akan mesej korang utk tanya apa2 lah yang berkaitan. So, be alert ya.


Ok lah, semoga bermanfaat! Dari pengguna tegar Bungkusit. hehe

Comments

Danial Azarul said…
Thanks kak yan 👌🏿
ayna eyka said…
Macam mana Kalau, saya nak belikan makanan dekat orang yang duduk jauh, tpi saya yang nak bayar kan? Means saya pilih kedai area situ
Yumi said…
Baru nk order food guna bungkusit. Tapi x sure mcmana. Mujur Terjumpa blog awak.. Tq share info pasal ni. ☺️☺️
Codchef said…
Selalu juga order food delivery online sebab dah ada banyak servis provider beroperasi. Lebih banyak lagi opsyen & harga makanan comfort food konsumer boleh pilih & orders -- bila² masa.

Thanks share Kak Yan.
codchef
Wanie Farha said…
refarrel code tu apa? tu je tak lepas
Anonymous said…
referral code tu ape erk? pliss tolong sya.sya tk tau
YanSaflina said…
Referral code tu abaikan je. Sbb tu optional sahaja. 😊
Unknown said…
info yg sangat membantu sy utk order makanan pd org tua yang jauh di mata tapi dekat d hati .. terima kasih share info ni...sgt berguna pd sy 😁🥰
Anonymous said…
Harga makanan yang dibeli standard ke atau.Ada percentage nya??contoh harga di McDonald's tu harga RM 15.00adakah harga tu yg dibayar juga...tq
Unknown said…
Kiranya riders bayar guna duit diorang ke ? Lepas tu kita boleh transfer dekat riders ye ?
Anonymous said…
blh ke bungkus it tu kita nk minx ambik brg kt pejabat pos?
YanSaflina said…
Harga yang dibeli tu standard. kita cuma bayar servis Runner Bungkusit je.Takde markup harga barang yang kita suruh beli.
YanSaflina said…
Ya betul, Rider akan pakai duit dorang sendiri dulu. nanti kita bayar lah pada diorang semula by cash pun boleh. :)
Anonymous said…
Byr cod ke sis?
jep said…
Terima kasih tutorial...aritu saya dah order tpi cpt2 kensel sbb tak tau nk byr mcm mna brg mkn yg saya order tu..anyway thanks ye diatas tunjuk ajar.
Anonymous said…
Kak, maksudnya macam total fare saya RM7.76. and harga makanan tu RM5. Jadi bila bayar tu saya kena bayar RM7.76 je atau dah jadi RM12.76??
Anonymous said…
Hi. Yan, kalau mintak diorang pick up barang dan hantar ke rumah pulak camana? Kalau ke N9 diorang dtg tak?
Anonymous said…
aduii kesiannya kena guna duit dorng dulu..kalau amaunt yg banyak janganlah buat nyaya riders yer...
Anonymous said…
referer code tu mcm mana ye, saya tk lepas nk register sebb tk isi referer code ... tlg lahh
Anonymous said…
referer code tu mcm mana ye, saya tk lepas nk register sebb tk isi referer code ... tlg lahh
Anonymous said…
Kalau nak suruh rider bank in then datang dekat customer bwak resit bank then cus bayar semula termasuk upah boleh ker
Unknown said…
Kalau nak suruh rider bank in or deposit dekat bank boleh kee ? Lepas rider dah bank in datang ke tempat customer n bagi resit bank in tdy .. Then cus bayar semula dengan caj rider tu sekali .. Boleh kee ..
Anonymous said…
total Rm26.59 jumlah yg perlu dibayar.tp knpe bila smpai rmh cecah rm61.tu termasuk service charge,tol semua?mintak explain sikit...
aida said…
kak..cth sy nk beli makanan yg org jual dr rumah, then sy dh buat bayaran..bole ke bungkusit tlg ambik kan je..sy juz byr caj delivery je

Popular posts from this blog

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Lantai Bilik Air Bocor.