Resepi Kek Marble Coklat Cheese - Sukatan Cawan.
Hai!
So entri ni dibuat khas untuk member aku, Anastasia. Masuk ni kali ke 3 ke 5 ntah dia request resepi, aku dah bagi tapi dia hilangkan. memeyy~~ haha, so untuk memudahkan kedua belah pihak, aku buat entri ni khas untuk dia rujuk next time. bijakkan aku? haha
Kisahnya, member aku ni jadi gila kat Kek ni sebab masa last semester masa zaman belajar dulu, aku bawak kek ni ke Kolej dan dia makan. Sejak dari haritu dia jadi gila bayang dengan Kek ni. haha.
So, kalau korang raya kan, korang suka buat kek apa? Kalau aku, wajib buat kek Marble Cheese ni. Dan biasanya, hari pertama atau kedua raya dah habis dah. haha..laku keras kek ni.
So, ni resepi Kek Marble Coklat Cheese, cara buat simple sangat-sangat. :)
Sebelum tu, take note ya : Kek Marble Coklat Cheese ni dibuat secara berlapis bukan marble. - nama je marble nak kasi over sikit, hehe
Lapisan Bawah
1 ButterCup 250gm
5 Biji Telur
1 Cawan Gula
1 Cawan Tepung
1 Cawan Susu Pekat
1 Botol Kecil Koko
1 sudu teh kecil Baking Powder
Campur semua bahan diatas, gaul sebati. Kemudian kukus sehingga masak.
Lapisan Atas
500gm Cream Cheese
Setengah Tin Susu
100gm Gula
1 sudu teh kecil Vanilla
2 Biji Telur
Rasa-rasa lembik/cair sangat, tambah tepung 1@2 sudu @ secukupnya. Selepas tu, tuang atas lapisan bawah yang dah siap masak. Kukus sehingga masak.
Dah siap, makan ketika sejuk adalah syurga duniawi. hehe
Rupa dia ala-ala camni, aku takde gambar, nanti aku buat aku update gambar yg real punya. hehe
Ni gambar Indulgence Coklat Cheese. haha! |
Selamat Mencuba!
Comments