Cara Order Menggunakan Apps Bungkusit
Assalammualaikum, :) So, hari ni aku nak ajar step by step utk guna servis Bungkusit ni. Aku memang salah seorang pengguna tegar Apps Bungkusit ni, sebab ianya sangat membantu bila aku nak order makanan viral tapi malas nak ke kedai tu, haha! Selain dari order makanan, korang boleh jugak minta dorang hantarkan barang, poskan parcel dsb. Jom cekidout! Bungkusit Cover KL dan Selangor. Dorang boleh menghantar pesanan dalam jarak sejauh 25-30km. 1. Download apps Bungkusit. Lepas tu register akaun korang @ login je terus guna facebook. lagi mudah. Klik je icon Facebook tu. 2. Lepas korang klik register. Isi details kat bawah ni : 3. Done. korang login lah. Kemudian klik Place An Order. 4. Pilih je servis yang korang nak diorang buat. Aku bagi contoh servis beli makanan je lah eh. So, klik Buy Me Food. 5. Ni tekan GOT IT! 6.Masukkan alamat @ nama kedai yang korang nak Bungkusit belikan makanan. Contoh aku minta pergi beli donut kat J.CO. Lepas tu klik DONE.
Comments
psst... thanks sudi join segmen Mia.
blog anda tersenarai di https://www.mialiana.com/2019/09/senarai-url-blog-36.html