Resepi Kek Coklat Super Duper Senang

Resepi Kek Coklat Moist Mudah


Bahan-Bahan :
  • Telur 2 biji 
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu teh esen vanilla..
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan gula 
  • 1/2 cawan susu pekat manis 
  • 1/2 cawan serbuk koko 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder 
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
Cara membuatnya :
  1. Masukkan minyak masak,  susu cair dan gula ke dlm periuk. Gaul sampai gula dah cair.  Pakai api sederhana.
  2. Masukkan esen vanilla dan kacau.  Lepas tu tutup api.
  3. Sementara tu, kacau telur dalam bekas lain.  
  4. Kemudian, tuang telur sikit demi sedikit ke dalam adunan td.. kacau sebati.
  5. Lepas tu baru masukkan tepung, kemudian serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder. Gaul sebati. 
  6. Ambik penapis,  dan tapis adunan kek,  sebab taknak ada yg berketul-ketul.
  7. Grisskan loyang dengan butter atau marjerin. Masukkan adunan ke dalam loyang.

Cara masak boleh kukus @ pakai oven tapi guna kaedah steam bath ye. 
  1. Tutup dgn aluminium foil utk elak kek terkena titisan air dr pengukus. tak pun balut je penutup pengukus tu dgn kain. Kukud selama 1 jam setengah guna api sederhana ye. 
  2. Kalau pakai oven,  pakai api atas bawah dengan suhu 150'C selama 30-40min. Guna teknik steam bath.

Kredit resepi dari : Lina Pg

Comments

Popular posts from this blog

Cara Order Menggunakan Apps Bungkusit

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Lantai Bilik Air Bocor.