Tempat Bercuti Menarik Bersama Anak-Anak Di Malaysia

Tempat yang tersenarai adalah berdasarkan pemerhatian aku, terpulang pada korang sama ada setuju atau tidak. Tempat ini dimasukkan ke dalam list sebab anak-anak boleh ikut serta bermain dengan kita, bukan macam skuba..bayi kecik tak leh main..haha..~

Nota : Oh ya, bagi sesiapa yang nak promote pakej perlancongan korang, boleh la komen di ruang komen, insyaALLAH aku akan masukkan ke dalam entri ini.





Bario (The Kelabit Highland), Miri, Sarawak mempunyai udara yang sangat bersih kerana kedudukannya di tempat tinggi. Suhu di sana sekitar 16c-25c, dan boleh mencecah sehingga 11c. Bario terkenal dengan garam bukitnya dan padi yang bebas dari sebarang bahan kimia. Bagi anda yang ingin bercuti di tempat yang penuh dengan suasana kampung yg ala-ala omputih (sebab sejuk), bolehlah pergi ke Bario. Bawak anak-anak pun best ni, terbukak sikit minda dorang..:)



 Ladang Lembu Mosilou/Mesilau Sabah terkenal dengan pemandangannya yang sangat cantik. Seolah-olah kita berada di luar negara. Serious, ramai orang yg snap gambar kat sini nampak macam mereka melancong ke New Zealand tapi sebenarnya mereka cuma berada di Sabah sahaja. Dengar citer boleh minum susu lembu fresh kat sana...um yummy yummy..:) Bagi anda yang bercuti di Sabah, boleh la pergi melawat ke Pasar Filipina, Jambatan Gantung Tamparuli, Rumah Terbalik dan lain-lain..:)



Zoo Melaka terletak di Ayer Keroh, Zoo Melaka adalah Zoo kedua terbesar di Malaysia tau, so please be prepare bawak air banyak-banyak, sebab makanan dalam Zoo Mahal! hahaha..Harga Tiket : RM10 (Dewasa), RM5(Kanak-kanak) Bayi (Free).  Bawak anak ke zoo? Idea ini menarik bukan? Ha, bila dah tiba di Zoo Melaka, jangan lupa bawak anak-anak mandi manda di Melaka Wonderland, Taman Buaya Melaka, Kota A Famosa...banyak sangat tempat menarik untuk di lawati.




Paya Indah Wet Land (Tempat Feveret aku) terletak di Dengkil, Selangor. Masuk adalah percuma dan dibuka setiap hari. Sesuai untuk relakskan minda dari masalah kota.Apa yang menarik di sini adalah suasana kekampungannya dan aktiviti yang disediakan. Ramai yang salah sangka tentang Paya Indah Wet Land ini sekadar tasik sahaja walhal sebenarnya di sini lah tempat yang sangat banyak aktiviti, antara aktiviti yang di tawarkan, rujuk di sini : Aktiviti di Paya Indah Wet Land

Comments

Anonymous said…
https://www.facebook.com/kalumpangresort?fref=ts

019-384 0838 (Mr.Fahmi)

Popular posts from this blog

Cara Order Menggunakan Apps Bungkusit

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Lantai Bilik Air Bocor.