Daftar Haji guna KWSP - Ramai tak tahu

Daftar Haji.. 
=========== 



Ramai yang agak keberatan untuk buat. Sebabnya nilai RM1300, yang perlu ada dalam akaun Tabung Haji, bagi membolehkan seseorang itu mendaftar untuk menunaikan haji, agak tinggi bagi sesetengah orang.

Kerana apabila wang RM1300 ini didepositkan, ia perlu sentiasa kekal di dalam akaun dan tidak boleh dikeluarkan sehinggalah tibanya giliran untuk menunaikan haji.

Dan jjkalau ingin mengeluarkannya juga, pendaftaran untuk menunaikan haji perlu dibatalkan dan perlu mendaftar semula. Dengan kata lain, akan diberi giliran baru, yang tentunya memakan masa yang lebih lama.

Apabila niat untuk mendaftar haji sentiasa tertangguh, kesan besarnya adalah tahun yang diperuntukkan untuk giliran menunaikan haji semakin lama, sehingga mencecah seratus tahun.

Tapi, ada cara yang lebih mudah tanpa perlu mendepositkan wang RM1300.

Anda tidak perlu mendepositkan sesen pun ke dalam akaun Tabung Haji. Caranya adalah menggunakan penyata KWSP.  Dengan syarat akaun 1 KWSP anda perlu mempunyai simpanan minima sebanyak RM1300. Bawa penyata tersebut ke Tabung Haji dan anda akan didaftarkan terus untuk menunaikan haji. Tanpa perlu mendepositkan sesen pun.

Menariknya, ramai yang tidak tahu kaedah ini.

Dari : Hj Mohd Lutfi (TH)

Comments

dear anies said…
wah bleh la sy nk daftar kalu cm ni!
cikpuanfairul said…
info yang sangat bagus..insyallah ade kelapangan nak pegi daftar..thanks yer for teh info....

jemput singgah http://cikpuanfairul.blogspot.com

Popular posts from this blog

Cara Order Menggunakan Apps Bungkusit

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Lantai Bilik Air Bocor.