Keluar Akaun 2 KWSP untuk BELI RUMAH

Assalammualaikum..

Harap info ini membantu bagi korang yang nak memiliki rumah,
 tapi duit deposit tak cukup. :)

Untuk korang yang mengalami masalah tak tahu nak beli rumah kat mana dengan bajet korang tu, boleh terus PM/WHATSAPP : 017-6119716 [Yan]
Boleh follow ilmu hartanah di Fanpage ; Industri Hartanah

https://www.facebook.com/industrihartanah

PANDUAN LENGKAP PENGELUARAN WANG KWSP UNTUK MEMBELI RUMAH
=======================
Tujuan Pengeluaran
• Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah.
• Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan.

Pelupusan Pemilikan
bermaksud 'hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini' atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.
KELAYAKAN MEMOHON
======================
(i) Warganegara Malaysia; ATAU
(ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
(iii) Bukan warganegara Malaysia yang;
• Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
• Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
• Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
• Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.

Sumber dari : Industri Hartanah
 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Order Menggunakan Apps Bungkusit

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Lantai Bilik Air Bocor.