Posts

Resepi Ayam Butter

 Ayam  Butter Cili  Susu cair Garam  Gula Daun kari 1. Goreng ayam dulu (kunyit dan kari) 2. Cair butter, masukkan cili kemudian bawang putih. 3. Naik bau, masuk ayam, gula, garam dan daun kari.

Resepi Sambal Tauhu Simple

 Tauhu goreng sampai menguning. Tumis bawang merah, bawang putih, cili dan tomato sehingga menguning. Masukkan tauhu. Sos tiram dan kicap. Letak garam sebagai perasa. Dah siap 

Ada hikmah Covid19.. Pengajaran hidup yang baru.

 Assalamualaikum gais..  Fuhh bersarang teruk blog.  😆 Saja malam-malam ni nak buat content, sambil-sambil dengar bunyi hujan.  Sepanjang PKP ni, mesti korang ada yang mengalami turun naik kan?  Lagi-lagi yang dalam bisnes.  Pada aku,  serious mencabar tapi dalam masa yang sama best jugak.   Yang best nya sebab tak risau nak fikir pasal kerja.  Tapi yang tak bestnya,  simpanan makin susut.  🤣🤣 Alhamdulillah, aku dan suami mampu bertahan. Bayangkan,  sumber utama (income) kami tak dibenarkan kerja, jadi kami 100% memang langsung tak boleh jalankan bisnes. Its hurt.. Pedih kaw.  Apa yang aku sedar sepanjang tempoh PKP ni : 1. Jangan bergantung kepada satu sumber income sahaja.  (Alhamdulillah kami ada backup income lain).  2. Kena ada simpanan.  3. Jangan sekali-kali mudah putus asa,  sentiasa percaya rezeki tu ada.  Kalau kita susah,  ada lagi orang yang lagi susah dari kita.  Dan ...

Resepi Kek Butter Gebu Mudah Sukatan Cawan

  Resepi Kek Butter Gebu Mudah Sukatan Cawan 250gm Butter 2 Cawan Tepung Gandum 4 Biji Telur 1 Cawan Gula 7 sdm Susu Full Cream 4 sdm Susu Pekat 1 sdm Minyak Masak 1 sdm Ovelette 1 sdk baking soda 1. Mixer kan Telur sehingga berbuih banyak. Kemudian, masukkan gula sikit demi sedikit. Lepas tu, masukkan susu pekat dan Ovelette. Mix sehingga gebu. 2. Kemudian, masukkan tepung gandum dan baking soda sedikit demi sedikit. Mix sehingga sebati. 3. Akhir sekali, masukkan Susu Full Cream dan Minyak Masak. Gaul sebati. Siap. 4. Sediakan loyang, gris kan dengan butter di sekeliling loyang. Letak adunan. 5. Bakar oven menggunakan suhu 160, api atas bawah selama 40 minit. Check dengan lidi kayu utk tengok kek dah masak ke belum. Kalau nak terbalikkan kek, ketuk sedikit di bahagian bawah penjuru loyang supaya senang kek utk keluar.  Selamat mencuba!

Cara Buat Room Suprise di Hotel

Image
 Assalammualaikum. Ni contoh Room Suprise yg aku buat dekat Lexis Penang.  So guys, harini aku nak cerita kat korang teknik atau cara nak buat Room Suprise di Hotel. Ok, aku rasa tak ramai yang tahu, ada beberapa hotel sememangnya menawarkan Servis Room Suprise ni.  Eh sekejap, maksud  Room Suprise ni macam ala-ala kejutan untuk birthday, anniversary dsb yang ada bunga-bunga cinta, ada balloon tu. Sesuai sangat untuk korang yang teringin sangat nak abadikan moment indah dalam hidup korang. Ala...sekali sekala kan...:) Ok, cara nya simple je. aku just nak kongsikan sebab aku tak jumpa info ni kat mana-mana blog masa aku planning nak buat Suprise untuk Husband aku. Jadi aku macam blur la sikit kan..huhu. So, aku taknak lah korang jadi macam aku yg blur...last-last nanti terus tak jadi nak buat suprise.   Ok, jom cekidout!  1. First, book dulu hotel macam biasa. 2. Pastu, korang cari Suprise Planner dekat area hotel yang korang book tu. Korang deal la nak tema...

Mohon Doa Kalian

Mohon doa kalian.  Pagi tadi aku terima email dari Sifu Raja Kamil. Dalam email tu ada cerita dan ayat ni 👇 Mak saya ajar satu amalan, "Kamil, jika ada  hajat, berdoa kat Allah. Minta juga sahabat-sahabat, anak-anak doakan untuk kita" Jadi,  aku pun nak minta sahabat yg membaca status ini agr mendoakan aku sekali.   Doakan agar perniagaan aku dan suami berjaya dan dapat memberi manfaat kebaikan kepada orang lain.  Agar kami dapat membayar zakat,  menunaikan haji dan paling penting sekali membahagiakan orang tua kami.  Doakan ya,  insyaAllah aku doakan untuk korang sekali.  😊 Maaf,  sudah terbiasa menggunakan kata diri aku.  Maaf jika bunyi nya agak kasar ya.

Resepi Kek Coklat Super Duper Senang

Image
Resepi Kek Coklat Moist Mudah Bahan-Bahan : Telur 2 biji  1 cawan susu cair 1 sudu teh esen vanilla.. 1/2 cawan minyak masak 1/2 cawan gula  1/2 cawan susu pekat manis  1/2 cawan serbuk koko  1 cawan tepung gandum 1/2 sudu teh baking powder  1/2 sudu teh soda bikarbonat Cara   membuatnya  : Masukkan minyak masak,  susu cair dan gula ke dlm periuk. Gaul sampai gula dah cair.  Pakai api sederhana. Masukkan esen vanilla dan kacau.  Lepas tu tutup api. Sementara tu, kacau telur dalam bekas lain.   Kemudian, tuang telur sikit demi sedikit ke dalam adunan td.. kacau sebati. Lepas tu baru masukkan tepung, kemudian serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder. Gaul sebati.  Ambik penapis,  dan tapis adunan kek,  sebab taknak ada yg berketul-ketul. Grisskan loyang dengan butter atau marjerin. Masukkan adunan ke dalam loyang. Cara masak boleh kukus @ pakai oven tapi guna kaedah steam b...

Resepi Mee Kuning Simple

Assalammualaikum,  sorry agak annoying sikit entri kali ni.  Disebabkan aku selalu lupa resepi, jadi aku nak letak segala mak nenek resepi kat blog.  So senang aku nak refer nanti bila aku buntu. 😂 Resepi Mee Kuning Simple tok nenek Mee Kuning Sosej (Ganti Ngan telur pun boleh) Kobis (Takde pun takpe) Bawang Putih Sedikit Cili Kering yg dah blend Sos Tomato Sos Tiram Kicap Manis Kicap Masin Garam Takde sukatan ye,  semua ni main tuang2 je. Campak2. Ok langkah masak dia,  panaskan minyak,  masukkan bawang putih biar sampai naik bau.  Kemudian masukkan sosej, lepastu kobis.  Masukkan segala kicap dan sos. Lepas tu masukkan mee kuning.  Kacau sampai sebati. Perasakan dengan garam. Siap.

Anak Aku Test Colour Max Roll Beli Dekat Aeon Big Malaysia

Image

FORMULA MENJEMPUT REZEKI

Formula menjemput Rezeki: 1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT. 2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya. 3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. 4. ZIKIR. Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari. 5. SOLAT BERJEMAAH. Terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih. 6. SILATURRAHIM. Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang. 7. BERSEDEKAH. S...

CARA ORANG ISLAM

YOGA nya orang Islam itu dengan gerakan SOLAT MEDITASI nya orang Islam ialah duduk bersunyi diri sambil berZIKIR. SELF HEALING nya orang Islam itu ialah selalu melakukan MUHASSABAH. DETOX nya orang Islam adalah dengan rajin berPUASA. RITUAL TOLAK BALA nya orang Islam ialah dengan SEDEKAH. VITAMIN nya orang Islam adalah sikap mudah MEMAAFKAN. UBAT AWET MUDA nya orang Islam, TIDAK MENCAMPURI urusan yang tidak perlu. NUTRISI TERBAIK nya orang Islam adalah BERBAIK SANGKA (Huznudzon). PEMBERSIH HATI nya orang Islam dengan menahan GHIBAH. PENYUCI JIWA nya orang Islam adalah: Menjauhi sifat IRI DENGKI. PENJAGA PAHALA nya orang Islam, Tidak RIYA' PENCEGAH PERMUSUHAN nya orang Islam, Menghindari PERDEBATAN. Kredit :  Dr Handrawan Nadesul

Kedai Ketuk Kereta Murah di KL

Image
Assalammualaikum..:) Saja nak share dengan korang Kedai Ketuk Kereta Murah di KL. Kedai ni aku jumpa di Facebook dan di Forum2. Dan yes, pernah repair ketuk kereta kat sana lepas awal bulan ni. Kejap je settle. Kalau korang tengok kedai dia, korang akan rasa macam wow gila. Sebab sempoi sangat. haha Ok lah, korang tengok video bawah ni, suami aku share macamana boleh excident dan experience dia repair kereta di kedai tu. Nak tahu kat mana kedai tu, kena lah tengok video tu. hehe! Oh ye, jangan lupa SUBSCRIBE TAU!

Hasil 3D paint dari anak-anak aku

Image

SEGMEN : REFRESH MY BLOGLIST

Image
Nak join, klik banner tau! :)

Hadiah Giveaway dah Sampai! Yeay!

Image
Assalammualaikum, :) Alhamdulillah, baru-baru ni aku menang Giveaway dari Shuhaidasaad.com 3rd Giveaway. Aku dapat 1 set Telekung. Boleh pilih lain lain warna tapi aku pilih warna putih sebab nak match ngan anak2 aku sebab pattern telekung yang Blogger Shu bagi ni sama pattern ngan anak2 aku punya. hehe So, bila nak solat nanti boleh la matchy matchy..hehe. Tq Shu! Hm..rasa nak buat Giveaway jugak lah..:) Nanti lah, nak fikir hadiah dulu.:)

Video yang memberi Inspirasi

Assalammualaikum korang..:) Kadang-kadang kita ada hari yang kita rasa sangat malas nak berbuat sesuatu. Dan ada hari yang kita lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang ALLAH s.w.t kurniakan pada kita. Jadi, kita perlukan sesuatu yang buatkan kita sedar yang kita dah dapat terlalu banyak nikmat rezeki. Tak kira rezeki dari segi apa, sama ada kewangan, kesihatan, ada orang tua, punya anak, punya sahabat, ada kenderaan, tempat berteduh dsb. So, ni antara video-video kegemaran aku dan aku harap korang pun boleh terinspirasi dengan video ni. :) Kalau korang nak tengok lebih banyak lagi video, boleh tengok kat page ni : Inspirasi Setiap Hari.

Giveaway Merdeka 2019

Image
Nak join, klik banner. ^_^

Cara Order Menggunakan Apps Bungkusit

Image
Assalammualaikum, :) So, hari ni aku nak ajar step by step utk guna servis Bungkusit ni. Aku memang salah seorang pengguna tegar Apps Bungkusit ni, sebab ianya sangat membantu bila aku nak order makanan viral tapi malas nak ke kedai tu, haha! Selain dari order makanan, korang boleh jugak minta dorang hantarkan barang, poskan parcel dsb. Jom cekidout! Bungkusit Cover KL dan Selangor. Dorang boleh menghantar pesanan dalam jarak sejauh 25-30km. 1. Download apps Bungkusit. Lepas tu register akaun korang @ login je terus guna facebook. lagi mudah. Klik je icon Facebook tu. 2. Lepas korang klik register. Isi details kat bawah ni : 3. Done. korang login lah. Kemudian klik Place An Order. 4. Pilih je servis yang korang nak diorang buat. Aku bagi contoh servis beli makanan je lah eh. So, klik Buy Me Food. 5. Ni tekan GOT IT! 6.Masukkan alamat @ nama kedai yang korang nak Bungkusit belikan makanan. Contoh aku minta pergi beli donut kat J.CO.  Lepas tu klik DON...

5 Cerita Best Di NETFLIX

Image
Assalammualaikum, Aku kalau bosan-bosan duk rumah tak tahu nak buat apa, aku selalu nya akan minta suami aku bukak NETFLIX dan cari movie yang best. So, setakat ni ada 5 Movie yang aku recommend utk korang tengok. :) 1. KINGDOM - Mengisahkan tentang seorang Raja yang mempunyai penyakit yang sangat teruk sampaikan penjaga Raja tu tak bagi Putera Raja berjumpa dengan ayahnya sendiri. Tapi ada suatu malam tu, Putera Raja menyelinap masuk ke bilik ayahnya dan tengok yang ayahnya dalam keadaan yang sangat mengerunkan! Jadi Putera Raja ni nak cari tabib yang last sekali jumpa ayah dia dan dalam misi pencarian tu, Putera Raja jumpa pelbagai benda misteri termasuk orang yang macam zombi! Ok lah..korang tengok lah sendiri..hahaha..oh by the way, tahun depan akan keluar season 2. Aku tak sabar nak tengok! Lama aku tunggu season ni weyyy 2. GET OUT - Masa awal cerita ni agak slow sikit, tapi bila part Chris (Hero) ni jumpa pembantu rumah tu aku dah mula rasa pelik. Kenapa pembantu rum...

Kesan tukar URL blog

Image
Assalammualaikum.. Sedih nya tengok view entry blog aku ni sejak tukar URL baru. huhu.. Blog aku ni asalnya URL : bluepinkiey.blogspot.com tapi aku tukar ke yansaflina.blogspot.com. Sebenarnya dah bertahun-tahun aku nak tukar, sbb masa awal2 buat blog ni dulu masih budak2 lagi. nama pun ntah apa2. haha. Jadi aku nak tukar la ke nama aku sendiri. Tapi aku takut nak berdepan risiko kehilangan view ni. haha. Cuma kali ni aku dah kuatkan diri utk berdepan dengan apa jua masalah. hahaha! Akhirnya aku tukar jugak URL. Dan ya! sangat menyedihkan ye tengok view entry aku yg sekarang..wuuuu Sedih woi! Jangan kau nak pujuk aku. aku tengah sedih kaw-kaw ni.  Dah la view sebelum ni pun ciput je, ini kan lagi macam ni. aduhai..sedih gila! Bawah ni view URL lama. tak la banyak, tapi banyak la jugak utk blogger picisan kecilan merilan cam aku ni. huhu  arghhh..aku menyesal tukar URL. eh tak tak. aku tak menyesal. aku boleh mula dari awal balik. k bai.