Posts

Ada hikmah Covid19.. Pengajaran hidup yang baru.

 Assalamualaikum gais..  Fuhh bersarang teruk blog.  😆 Saja malam-malam ni nak buat content, sambil-sambil dengar bunyi hujan.  Sepanjang PKP ni, mesti korang ada yang mengalami turun naik kan?  Lagi-lagi yang dalam bisnes.  Pada aku,  serious mencabar tapi dalam masa yang sama best jugak.   Yang best nya sebab tak risau nak fikir pasal kerja.  Tapi yang tak bestnya,  simpanan makin susut.  🤣🤣 Alhamdulillah, aku dan suami mampu bertahan. Bayangkan,  sumber utama (income) kami tak dibenarkan kerja, jadi kami 100% memang langsung tak boleh jalankan bisnes. Its hurt.. Pedih kaw.  Apa yang aku sedar sepanjang tempoh PKP ni : 1. Jangan bergantung kepada satu sumber income sahaja.  (Alhamdulillah kami ada backup income lain).  2. Kena ada simpanan.  3. Jangan sekali-kali mudah putus asa,  sentiasa percaya rezeki tu ada.  Kalau kita susah,  ada lagi orang yang lagi susah dari kita.  Dan ...

Resepi Kek Butter Gebu Mudah Sukatan Cawan

  Resepi Kek Butter Gebu Mudah Sukatan Cawan 250gm Butter 2 Cawan Tepung Gandum 4 Biji Telur 1 Cawan Gula 7 sdm Susu Full Cream 4 sdm Susu Pekat 1 sdm Minyak Masak 1 sdm Ovelette 1 sdk baking soda 1. Mixer kan Telur sehingga berbuih banyak. Kemudian, masukkan gula sikit demi sedikit. Lepas tu, masukkan susu pekat dan Ovelette. Mix sehingga gebu. 2. Kemudian, masukkan tepung gandum dan baking soda sedikit demi sedikit. Mix sehingga sebati. 3. Akhir sekali, masukkan Susu Full Cream dan Minyak Masak. Gaul sebati. Siap. 4. Sediakan loyang, gris kan dengan butter di sekeliling loyang. Letak adunan. 5. Bakar oven menggunakan suhu 160, api atas bawah selama 40 minit. Check dengan lidi kayu utk tengok kek dah masak ke belum. Kalau nak terbalikkan kek, ketuk sedikit di bahagian bawah penjuru loyang supaya senang kek utk keluar.  Selamat mencuba!

Cara Buat Room Suprise di Hotel

Image
 Assalammualaikum. Ni contoh Room Suprise yg aku buat dekat Lexis Penang.  So guys, harini aku nak cerita kat korang teknik atau cara nak buat Room Suprise di Hotel. Ok, aku rasa tak ramai yang tahu, ada beberapa hotel sememangnya menawarkan Servis Room Suprise ni.  Eh sekejap, maksud  Room Suprise ni macam ala-ala kejutan untuk birthday, anniversary dsb yang ada bunga-bunga cinta, ada balloon tu. Sesuai sangat untuk korang yang teringin sangat nak abadikan moment indah dalam hidup korang. Ala...sekali sekala kan...:) Ok, cara nya simple je. aku just nak kongsikan sebab aku tak jumpa info ni kat mana-mana blog masa aku planning nak buat Suprise untuk Husband aku. Jadi aku macam blur la sikit kan..huhu. So, aku taknak lah korang jadi macam aku yg blur...last-last nanti terus tak jadi nak buat suprise.   Ok, jom cekidout!  1. First, book dulu hotel macam biasa. 2. Pastu, korang cari Suprise Planner dekat area hotel yang korang book tu. Korang deal la nak tema...

Mohon Doa Kalian

Mohon doa kalian.  Pagi tadi aku terima email dari Sifu Raja Kamil. Dalam email tu ada cerita dan ayat ni 👇 Mak saya ajar satu amalan, "Kamil, jika ada  hajat, berdoa kat Allah. Minta juga sahabat-sahabat, anak-anak doakan untuk kita" Jadi,  aku pun nak minta sahabat yg membaca status ini agr mendoakan aku sekali.   Doakan agar perniagaan aku dan suami berjaya dan dapat memberi manfaat kebaikan kepada orang lain.  Agar kami dapat membayar zakat,  menunaikan haji dan paling penting sekali membahagiakan orang tua kami.  Doakan ya,  insyaAllah aku doakan untuk korang sekali.  😊 Maaf,  sudah terbiasa menggunakan kata diri aku.  Maaf jika bunyi nya agak kasar ya.

Resepi Kek Coklat Super Duper Senang

Image
Resepi Kek Coklat Moist Mudah Bahan-Bahan : Telur 2 biji  1 cawan susu cair 1 sudu teh esen vanilla.. 1/2 cawan minyak masak 1/2 cawan gula  1/2 cawan susu pekat manis  1/2 cawan serbuk koko  1 cawan tepung gandum 1/2 sudu teh baking powder  1/2 sudu teh soda bikarbonat Cara   membuatnya  : Masukkan minyak masak,  susu cair dan gula ke dlm periuk. Gaul sampai gula dah cair.  Pakai api sederhana. Masukkan esen vanilla dan kacau.  Lepas tu tutup api. Sementara tu, kacau telur dalam bekas lain.   Kemudian, tuang telur sikit demi sedikit ke dalam adunan td.. kacau sebati. Lepas tu baru masukkan tepung, kemudian serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder. Gaul sebati.  Ambik penapis,  dan tapis adunan kek,  sebab taknak ada yg berketul-ketul. Grisskan loyang dengan butter atau marjerin. Masukkan adunan ke dalam loyang. Cara masak boleh kukus @ pakai oven tapi guna kaedah steam b...