TUGU NEGARA PERNAH DI BOM? Jom melawat Tugu Negara.
Assalammualaikum..
Bulan Kemerdekaan ni apa cara untuk boostkan semula semangat patriotik korang?
Kalau aku, aku boostkan dengan cara tengok, dengar, baca tentang sejarah zaman dulu kala. Sejarah pahlawan-pahlawan negara yang melawan untuk kebebasan anak cucu. Aaghh..tengah menaip ni pun rasa bersemangat woiihh..hahaha
Tugu Negara Malaysia pernah di bom pada tahun 1975 oleh komunis disyaki MNLF, beberapa tahun selepas arca tugu negara disiapkan iaitu tahun 1966. Masa tu Tunku Abdul Rahman sendiri yang dengar bunyi letupan bom berlaku. huish..alhamdulillah tak berlaku apa2 selain dari arca tu ada hancur tapi masih boleh dibaiki.
So, beberapa minggu lepas kitorang sekeluarga pergi ke Tugu Negara (National Monument) yang terletak di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur. Oh ya, masuk adalah percuma tau.
Sampai je kitorang kat sana, cuaca sedikit panas tapi jangan risau, dekat Tugu Negara tu ada kawasan yang berbumbung jadi boleh lah berteduh sementara kalau panas sangat.
Dan kalau korang haus atau lapar, ada kedai makan di luar pintu masuk ke Tugu Negara. Ada jual air kelapa, aiskrim dan lain-lain. Masa aku datang haritu, kebanyakan pelawat yang datang ke Tugu Negara ni pelancong dari luar negara, orang kita sendiri aku rasa ada 2 group family je kot.
Yang menariknya di Tugu Negara ni, ada hidden treasure tentang sejarah yang korang kena cari sendiri. Dalam video kat bawah ni ada ditunjukkan hehehe, so boleh lah view tengok. Tapi kena fokus lah, sebab suami aku tak highlightkan pun treasure tu...hmmm..ok lah,aku bagitau lah. Hidden treasure tu adalah something di atas siling. (Actually aku tak sure ni apa, tapi confirmlah benda yang bersejarah kan? kalau korang ada information tentang treasure ni maklumkan pada aku tau. :) )
Ok, jom tengok video kitorang anak beranak ke TUGU NEGARA MALAYSIA :
Comments