Lepak di Fanpage "Mudahnya Menjemput Rezeki"

Assalammualaikum..

Aku pasti dan yakin, ramai dah tahu mengenai buku Mudahnya Menjemput Rezeki dan insyaALLAH ramai yg dah mengamalkan teknik2 menjemput rezeki yg di senaraikan dalam buku tu. 

Aku bukannya nak mempromosikan buku ni, apatah lagi nak menjual. Cuma, akhir-akhir ini, aku suka lepak di page tersebut, terlalu banyak input & output yg aku dapat, yg aku kira sangat bermanfaat dan segala apa yang di sampaikan sangat-sangat menyentuh jasad dan minda aku.

Salah satu cerita yg aku rasa aku nak kongsikan kat korang adalah cerita kat bawah ni :
                                                   ====================



Assalamualaikum sekali lagi wahai penulis yg budiman. Sebenarnya sy xsangka cerita sy dipilih. Sebenarnya sy kongsikan cerita itu kerana terlalu bersyukur dgn rezeki Allah tnpa sy memikirkn segala upahnya.

Penulis,sy menangis sendirian selepas sy perasan cerita sy dipilih semalam. Sy hanya menyedari selepas sy solat subuh tadi. Alhamdulillah atas segala rezeki Allah.

Penulis,tolong rhsiakan nama saya. Sy ingin lari dr sifat riak jika penulis terfikir utk kongsikan cerita sy.

3 minggu sebelum ini, sy mencari baju pengantin yg muslimah,sy antra org yg mmbuat persiapan disaat akhir. Sy mncari baju keserata tempat di perak ini.

Sy nak baju yg cantik tapi versi muslimah,ternyata sukar sekali mencarinya. Seharian sy mencari tapi hampa.sy pulang ke rumah dgn kecewa.

Malam itu,sy cuba bangun awal(3 pagi) utk solat memohon petunjuk Allah. Malam itu sy berdoa antara dua perkara besar dalam hidup sy. Yg pertama semoga sy dapat baji yg sy idamkan dan bakal suami sy dapat posting dekat dengan sy (dia seorg bakal cikgu dan kami bersedia utk dipostingkn dimana sahaja). Sy berharap sangat dia dapat dekat sangat dengan tempat sy bekerja sekarang.

Sy pergi bekerja seperti biasa keesokan harinya. Sperti biasa sy akan pastikan sy mmbawa quran ke pejabat. Dan saya cuba habiskan satu juzuk. Pagi tu sy kerjakan solat sunat dhuha 4 rakaat dan sy ganti waktu breakfast sy dgn baca quran.

Sy sgt neves hari itu. Lebih kurang pukul 10,sy menerima mesej daripada bakal suami sy. Sebelum sy membuka mesej itu,lidah sy xberhenti berzikir. Saya redha dgn segala keputusan Allah kerana hari itu adalah penentuan tempat berkhidmat.

Bismillahirtohmanirrohim.sy membuka mesej itu. Ringkas dan padat. "Assalamualaikum.saya dapat sekolah dekat sangat awak".

Allah saja yg mengerti.sekolah beliau hanya 15 minit dari tempat sy bekerja sekarang. Saya terus pergi ke surau sujud syukur dan menangis terharu. Nikmat tuhan yg mana hendak kamu dustakan. Sungguh sy sgt bersyukur.

Sy percaya bangun malam itu sangat besar azimat dan nikmatnya dan alquran itu kalam Allah yg sangat hebat mukjizatnya. Syukur Allah. Sy ingin selalu yakin dgn kalimah ini. Benar,Allah maha mendengar.

Sewaktu lunch,sy mengambil peluang utk mencari lagi baju pengantin di Bazar Melayu memandangkan tempat itu sy belum cari. Ternyata sayang,pertolongan bertindih2 utk saya.

Sy jumpa baju syg sy idamkan versi muslimaj(yg tidak ketat dan jarang) sy terharu sebak sekali lagi. Sy sedih sangat,sy ni org biasa,byk dosa tapi rahmat Allah byk sgt. Nikmat tuhan yg mana hendak kamu dustakan.

Penulis,terima kasih sekali lagi sudi membaca coretan buruk saya.


                                                       ==================== 

Bagi yg nak mengikuti cerita-cerita lain, boleh la melawat Fanpage : Mudahnya Menjemput Rezeki
 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Order Menggunakan Apps Bungkusit

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Lantai Bilik Air Bocor.