Ada masalah Kewangan? Cuba cara ini.

Assalammualaikum, lately sebenarnya ada beberapa sedikit masalah yang mana masalah tu tak lain tak bukan berkaitan dengan kewangan.

Bayangkan, dalam masa 2 hari berturut-turut, kereta dan van untuk team Crocon pergi kerja rosak. Alhamdulillah masa van dan kereta rosak tu, esoknya cuti. Jadi dapat la hantar ke bengkel, customer pun takde jadi senang lah. 

Total baiki tu agak tinggi, setakat ni baru baiki Van kena tukar enjin baru, mounting ke apa ntah total semua RM4k lebih kurang. Berpinar mata jugak lah.

Ni belum masuk kereta lagi. Allah berat sangat rasa. Tapi aku tahu, berat mana pun kalau aku cuba selesaikan dengan akal fikiran aku ni, sukar. Jadi aku serahkan segalanya pada ALLAH s.w.t.

Ada la jugak beberapa masalah lain, tapi kena lah hadapkan. Sebab bilamana dalam dunia bisnes ni, kena kuat. Kalau tak kuat, income terputus. My husband is my partner dalam business ni, dia lead and so, apa2 je masalah kami hadap bersama. Contoh macam my husband stress, I'm the one yg akan cakap "Cool lah, insyaALLAH ada jalan penyelesaiannya dan kita tawakkal je lah buat apa yang patut." dan sebaliknya.
Eventhough orang cakap bisnes partner husband and wife ni agak tough, but to us, insyaALLAH dipermudahkan as long as our intention is good. 
.
Bilamana aku rasa ada stress dengan kewangan ni, biasanya aku akan perbanyakkan dengar Selawat Murah Rezeki ni, aku suka selawat ni, rasa macam tenang je. Rasa selawat tu terus buang rasa sesak kat kepala. If you know what I feel..chewahhh..cer try cer try
.
So, kepada korang yang ada masalah kewangan, cuba dengar Selawat Murah Rezeki ni dan amalkan amalan dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki. InsyaALLAH aku doakan agar korang dilimpahi rezeki yang halal dan diredhai Allah s.w.t. Aamin.
 

Comments

At-Tarmizi said…
Terima kasih atas perkongsian =)
YanSaflina said…
Sama2. Semoga mendapat manfaat. 😊

Popular posts from this blog

Cara Order Menggunakan Apps Bungkusit

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Lantai Bilik Air Bocor.