Review : Pusat Sains Negara

Assalammualaikum,

So, isnin lepas 16 Oktober aku bersama keluarga dan mertua pergi ke Pusat Sains Negara. Tiket masuk PERCUMA bersempena dengan Expo NICE 2017 (National Innovation and Creative Economy).

Kenapa aku eksited nak pergi ke sana?
- Aku baru tahu kewujudan Pusat Sains Negara
- Mesti banyak aktiviti untuk anak-anak

Bila sampai je PSN, keadaan memang crowded dengan orang ramai walaupun aku pergi hari isnin, ingatkan tak ramai orang tapi nyata sangkaan aku tak tepat. haha. Parking full wey sampai ke jalan raya besar orang parking.

Nasib baik suami aku jenis yang suka cari parking dekat dengan bangunan jadi tak lah menapak jauh sangat dan Alhamdulillah kami jumpa parking yang seriously dekat sangat. Alhamdulillah mudah untuk mertua aku dengan anak-anak, tak jauh menapak.

Oh ya, bangunan PSN ni seriously cantik sangat sangat! Kaler pelangi lagi ha bangunan dia.
Korang yang baru first time nak pergi mesti jakun tengok, hahaha

Hasil selidikan aku dari laman web PSN, aku tengok ada banyak port menarik di PSN cuma aku tak sempat nak jelajah semua tempat sebab kepenatan. haha. Apa pun Expo NICE 2017 memang daboomm..kalau next year ada lagi, aku akan join lagi.

Antara Aktiviti Menarik :
- Kuasa Solar
- Terowong Air Ikan Tawar
- Kuasa Elektrik
- Sound Sensor
- Heat Sensor
- Animation
- Upside Down Cartoon House
- Build the bridge
- Music and Tools
Banyakkkkkkk lagi.

So, taknak banyak cerita, korang usha video masa kitorang ke PSN di bawah :


Comments

Suria Amanda said…
Eh dah buka semula eh..ari tu tutup utk renovation kan...boleh la ke sini nanti
YanSaflina said…
aah, buka sekejap je rasanya sempena Expo Nice ni.

Popular posts from this blog

Cara Order Menggunakan Apps Bungkusit

Petua Rawat Buasir - Berkesan

Lantai Bilik Air Bocor.